Sunday, July 12, 2020

Messages about JBIM and BIM in KomPekak JBIM (11 July 2020)

Saya berkongsi apa saya cakap dengan Jurubahasa BIM dalam KomPekak JBIM Chatgroup pada 11 Julai 2020.


Mesej 1:

Malahan orang Pekak pun tak faham perbezaan Di antara “bahasa isyarat” Dan “Bahasa Isyarat Malaysia.”

Orang Dengar pun suka pakai “bahasa isyarat”. Orang Pekak pun terikut-ikut mereka.

Kalau kerajaan tanya orang Pekak, apa bahasa isyarat kita pakai, orang Pekak akan jawab “bahasa isyarat”, maka kerajaan tiada masalah nak guna bahasa isyarat digunakan di Amerika atau di mana mana Negara. Masa tu, BIM tidak dapat diselamatkan lagi, seterusnya komuniti Pekak RUNTUH sekaligus.

Oleh itu, kami sangat sangat menggalakkan penggunaan “Bahasa Isyarat Malaysia”, “Malaysian Sign Language” dan “Jurubahsa BIM”, “BIM interpreter” Dan “BIM course”, “Kursus BIM”.

Penggunaan seperti ini yang kerap akan dapat membantu orang Pekak untuk membiasakan dengan term ini Dan pada masa sama, mereka dapat tingkatkan passion Ke Arah identiti Pekak.

Sebaik saja mereka Sudah biasa gunakan terma yang betul, kerajaan akan tanya bahasa isyarat apa, mereka pasti akan jawab BIM 💪🏻💪🏻.

Dengan tu, komuniti Pekak menjadi lebih kuat! Oleh itu kerjasama daripada kamu sangat sangat diperlukan.

Itu satu rancangan MyBIM iaitu ubah sikap komuniti Pekak dan juga ubah pandangan umum terhadap komuniti Pekak Dan BIM !



Mesej 2:

Dari segi tatabahasa, susah sebut “jurubahasa BIM”, “BIM interpreter”?

Bahasa isyarat lebih mudah disebut daripada sebut Bahasa Isyarat Malaysia ?

Is it easy if you mention “sign language” than “Malaysian Sign Language”?

Mass media sangat berkuasa dan mampu mempengaruhi orang ramai. Oleh itu, penggunaan term yang benar *SANGAT SANGAT* digalakkan.

Apabila kamu sebut “bahasa isyarat”, reporter dengar ini dan buat anggapan mungkin berbeza daripada apa kita faham.

Kamu tahu apa bahasa lisan?
Apa kamu faham tentang bahasa lisan? Guna mulut kan?

Ok. Bahasa tulisan?
Apa kita faham tentang ini?
Guna tangan tulis perkataan di atas kertas, kan ?

Bahasa lisan Dan bahasa tulisan ialah cara cara kita pakai apabila kita mahu bertutur dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Setuju ?

Apabila kita sebut “Bahasa isyarat”, apa pula mereka fikir tentang bahasa isyarat?

Sudah tentu mereka akan cakap “bahasa isyarat” ialah satu cara kita bertutur dalam Bahasa Melayu. Sebab tu mereka selalu cakap “bahasa isyarat untuk bahasa Melayu” atau pun “bahasa isyarat untuk bahasa Inggeris”.

Ini bermakna mereka sangka bahasa Melayu dan bahasa Inggeris boleh digunakan dengan 3 cara iaitu b. lisan, b. tulisan dan b. isyarat!

Sebab itu lah ia menjadi satu isu sangat serius dan mereka tidak dapat lihat BIM sebagai bahasa bebas dan bukan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Komuniti Pekak pun keliru.

Oleh itu, MyBIM memperjuangkan penggunaan term JBIM dan BIM.

Penggunaan “Bahasa isyarat” dan “jurubahasa isyarat” adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan komuniti Pekak dan juga umum.


Mesej 3:


https://www.sinarharian.com.my/article/91730/BERITA/Nasional/Cadang-bahasa-isyarat-dijadikan-bahasa-ketiga

Bahasa ketiga selepas bahasa lisan dan bahasa tulisan?


Mesej 4: 



Sememangnya bahasa ketiga selepas bahasa lisan dan bahasa tulisan. 🧐🤔


Mesej 5:

Saya pasti Senator Ras tahu apa bahasa isyarat orang Pekak gunakan. Juga pasti dia tahu apa BIM itu kerana dia ada hubungan rapat dengan komuniti Pekak.

Tapi adakah orang umum faham? Adakah orang di dewan raykat atau negara faham maksud bahasa isyarat sebenar? Itu mungkin akan jadi isu serius.

Seandainya bahasa isyarat diluluskan sebagai bahasa ketiga, pihak jabatan pendidikan tahu apa makna bahasa isyarat? Mereka mungkin akan mengatakan KTBM juga merupakan bahasa isyarat. Masa tu, pasti lebih sukar untuk BIM maju. BIM tiada tempat lagi.


Mesej 6:

Ramai guru mengajar murid Pekak, dianggap fasih dalam bahasa isyarat (untuk bahasa Melayu). Orang dari jabatan pendidikan lihat mereka sangat mahir dalam menggunakan tangan apabila bertutur dengan pelajar Pekak. Pihak kerajaan sangka guru dan murid Pekak bertutur dalam Bahasa Melayu.

Orang kerajaan tu buta iskata (term baru menggantikan “kata isyarat”), sama seperti saya buta Chinese character. Apa saya lihat ialah garisan saja dan tidak dapat menikmati bahasa Cina. Sama seperti lah mereka buta iskata, mereka hanya nampak pergerakan laju, macam kungfu oleh itu mereka tidak dapat membezakan BIM dan bahasa isyarat asing.

Guru guru sering diberi tugas menjadi jurubahasa pelajar pekak dalam mana mana perhimpunan ataupun majlis. Mereka sendiri tahu had mereka. Mereka tidak dapat tolak tugas ini dan terpaksa melaksanakan tugas ini.


Mesej 7:

Penggunaan perkataan yang betul sangat sangat penting untuk memastikan semua orang mempunyai pemahaman yang sama.

Oleh itu, semua JBIM sangat diharap bekerjasama dengan MyBIM 🥰 dengan menggunakan term yang betul. Ini adalah demi kesedaran komuniti Pekak dan juga umum.